Kemaskini macOS Catalina 10.15.1 Membawakan Sokongan AirPods Pro Dan Emoji Baharu

Diterbitkan pada Okt 30, 2019. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kepada pengguna Mac, kemas kini sistem operasi macOS Catalina 10.15.1 boleh dimuat turun pagi ini. Ia membawakan sokongan fon telinga nirwayar AirPods Pro, sebanyak 70 emoji baharu, penambahbaikan sokongan Siri dan tampalan pelbagai pepijat.

Saiz muat turun macOS Catalina 10.15.1 ialah 4.9 GB. Ia adalah kemas kini terbesar sejak macOS Catalina diberikan hanya beberapa minggu yang lalu. Selain itu pengguna Mac kini boleh memilih untuk memadam sejarah rakaman audio yang diberikan kepada siri bagi memastikan privasi terjaga. Turut diberikan ialah beberapa baharu untuk peranti HomeKit.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami