DJI Mavic Mini Kini Rasmi – Dron 249 Gram Sebesar Telapak Tangan

DJI Mavic Mini Kini Rasmi – Dron 249 Gram Sebesar Telapak Tangan

Diterbitkan pada Okt 31, 2019 oleh .

Dron padat DJI Mavic Mini akhirnya dilancarkan secara rasmi selepas ia tertiris sehari awal. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Mavic Mini hanya sebesar telapak tangan apabila di dalam posisi lipat dan seberat 249 gram,

Ia dilengkapi kamera sebesar 12-Megapixel dengan sensor 1/2.3″ dipadankan dengan lensa 24mm f/2.8. Kemampuan merakam video ialah sehingga 2720×1530 pixel 30FPS atau 1080P 60FPS. Dengan bateri sebesar 2400 mAh, masa penerbangan sehingga 30 minit boleh dicapai. Pada waktu yang sama jarak kawalan alat jauh pula adalah sehingga 4 kilometer.

DJI Mavic MIni dijual pada harga $399 (~RM1667) untuk kita asas atau $499 (~RM2084) untuk kita lengkap dengan bateri, kipas, pelindung kipad dan hab pengecas tambahan.

 


TIPS & ULASAN