Xiaomi Mi CC9 Pro Dijangka Hadir Dengan Bateri Berkapasiti 5260mAh
October 31, 2019
Xiaomi
Aman
Xiaomi telah pun mula mengacah kehadiran Mi CC9 Pro, iaitu sebuah telefon pintar baru dengan pelbagai spesifkasi berkuasa – termasuk penawaran kamera sehingga 108MP. Terbaru, melalui gambar acah baru yang dikongsikan, Xiaomi turut berkongsi mengatakan ia akan menyertakan bateri berkapasiti 5260mAh.
Bersama-sama dengan bateri bersaiz besar, peranti ini juga akan menyertakan sokongan pengecasan 30W bersama-sama dengannya. Dengan pengecasan pantas ini, ia akan membolehkan pengguna mengecas sehingga 100% dalam masa sekitar 65 minit.
Pada masa yang sama, desas-desus turut hadir mengatakan Xiaomi mungkin memasarkan Mi CC9 Pro ini sebagai Mi Note 10 untuk pasaran luar China.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.