Cari @ Amanz

Aplikasi Recorder untuk merakam audio pada Pixel 4 adalah yang paling hebat pernah kami lihat. Ia mampu menghasilkan transkripsi audio yang dirakam secara masa nyata tampa capaian Internet. Ini kemudian membolehkan pengguna mencari bahagian audio tertentu dengan menaip perkataan tertentu pada kotak carian dengan mudah.

Pada waktu ini Recorder adalah eksklusif pada Pixel 4 dan Pixel 4 XL sahaja. Tetapi nampaknya Google mempunyai perancangan membawa fungsi ini pada peranti Pixel yang lain. Ini disahkan oleh akaun rasmi Google di dalam laman Reddit baru-baru ini. Namun begitu tarikh bila ia akan diterima masih belum disahkan.

Di acara Google I/O awal tahun ini, Google mengatakan ciri Live Caption ini hanya boleh disokong pada peranti dengan cip mercu sahaja kerana ia memerlukan kuasa memproses yang tinggi. Selepas peranti Pixel. kami berharap ia turut boleh digunakan pada peranti Android yang lain dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd