Carian
Imej Sebenar Motorola Razr Pula Tertiris
November 3, 2019 Effi Saharudin

Awal minggu imej pengolokan rasmi Motorola Razr telah tertiris dalam jumlah yang besar ke arena web. Ini ialah peranti skrin boleh lipat pertama dari Motorola dan mengembalikan rekaan klasik Razr yang popular di awal dekad 2000an, Hari ini imej sebenar peranti ini akhirnya tertiris ke arena web,

Apa yang menarik ialah tidak seperti Galaxy Fold, tiada garisan lipatan yang nyata dapat dilihat apabila peranti di dalam posisi terbuka. Saiznya juga selari dengan kebanyakan peranti konvensional di pasaran. Terdapat laporan Razr baharu adalah sebuah peranti kelas pertengahan dengan cip Snapdragon 710 dan memori hanya sebesar 4GB RAM. Sungguhpun begitu ia dipercayai akan ditawarkan pada harga $1500 (~RM6000) sebuah.

Komen