Cari @ Amanz

Xiaomi CC9 Pro akan dilancarkan esok. Ia adalah peranti kelas pertengahan premium Xiaomi dalam siri CC9. Peranti ini sudah disahkan akan mempunyai lima kamera dengan sokongan 5x zum optikal, menggunakan sensor 108MP pertama dunia, dan dijangka mempunyai bateri 5260mAh.

Hari ini, lagi butiran telah dikongsi oleh Xiaomi. Peranti ini akan dijana dengan cip 8nm Snapdragon 730G, yang mana akan sesuai untuk dijadikan sebagai peranti gaming. Kemudian, warna baharu turut akan diperkenalkan yang menggunakan inspirasi dari aurora. Bukan itu sahaja, peranti ini turut akan menggunakan skrin jenis melengkung. Tetapi lengkungannya bukanlah seperti peranti Samsung, Huawei atau Vivo –  Xiaomi menggunakan lengkungan jenis hiperboloid. Menurut Xiaomi, rekaan ini akan membantu memberi pengalaman kelas pertama dan apabila menyentuh skrin ia akan terasa lebih lancar.

Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pelancarannya esok, 5 November 2019.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd