Sebentar tadi, telah kami laporkan yang Google telah mengemaskini focus mode pada Digital Wellbeing dengan sokongan ia boleh dijadualkan. Fungsi ini adalah lebih membantu, berbanding dengan focus mode yang sebelumnya. Terkini, Xiaomi pula dilihat ingin mengintegrasi mod yang sama.
Focus Mode dari Xiaomi ini dilihat lebih mirip dengan Zen Mode pada peranti OnePlus. Ia bukan menjeda atau menghalang akses pengguna kepada aplikasi terpasang – tetapi terus menghalang peranti untuk digunakan. Ini bermakna, mengikut masa yang ditetapkan pengguna tidak boleh menggunakan peranti sehingga masa itu tamat. Buat masa ini, fungsi ini diuji pada MIUI versi pembangun. Sayang sekali pengguna global tidak boleh mengujinya kerana tiada lagi akses terhadap ROM percubaan. Jadi, untuk mencubanya – sama-sama kita nantikan ia hadir dalam kemaskini MIUI akan datang.