Cari @ Amanz

Mi 9 CC9 Pro Premium Edition dilancarkan di China hari ini dan walaupun masih berbau kedai, ia telah diberikan skor 121 markah oleh DXOMark. Ini meletakkannya setanding dengan Huawei Mate 30 Pro yang masih berada di tangga teratas di carta DXOMark,

Xiaomi Mi CC9 Pro Premium Edition menerima 130 markah untuk kemampuan fotografi dan 102 markah untuk kemampuan video. Sebagai perbandingan Mate 30 Pro menerima 132 markah untuk kemampuan fotografi dan 100 markah untuk kemampuan video.

Kamera peranti diberikan pujian pada ketajaman imej yang ditangkap, kesan bokeh yang tepat dan kemampuan zum yang baik. Kekurangan pula terletak pada imej kurang tajam pada bahagian tepi , julat dinamik yang tidak sebaik pesaing dan hingar pada video kurang lancar kadar bingkainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd