Google Pixel & Pixel XL Akan Menerima Satu Lagi Kemaskini Pada Bulan Disember

Google Pixel & Pixel XL Akan Menerima Satu Lagi Kemaskini Pada Bulan Disember

Diterbitkan pada November 6, 2019 oleh .

Nampaknya Google masih berbaik hati terhadap peranti Pixel dan Pixel XL yang dilancarkan pada tahun 2016. Minggu ini kemaskini tampalan sekuriti tidak diedarkan pada kedua-dua peranti, secara gus ramai menganggap Google sudah mula melupakan anak sulung mereka ini. Syukur, pengguna Pixel dan Pixel XL masih lagi berpeluang mengemaskini peranti mereka secara rasmi satu kali lagi.

Kemaskini ini akan diedarkan pada bulan Disember kelak. Dalam kemaskini ini, ia akan menggabungkan segala perkara-perkara penting dari kemaskini tampalan sekuriti November dan kelak Disember yang diterima pada peranti Pixel lain. Google memang syarikat yang “baik” hati. Contoh, peranti ini sepatutnya mempunyai jangka hayat sistem operasi Android sehingga Pie sahaja – tetapi Google ingin adil dan masih memberi Android 10 pada kedua-dua peranti ini. Para pengguna Pixel dan Pixel XL, nantikan sahaja satu lagi kemaskini pada Disember kelak dan kemudian anda sudah boleh ucapkan selamat tinggal kepadanya.


TIPS & ULASAN