Perkhidmatan Astro Ultra 4K UHD Akan Dilancarkan Pada 13 November

Perkhidmatan Astro Ultra 4K UHD Akan Dilancarkan Pada 13 November

Diterbitkan pada November 6, 2019 oleh .

Kemampuan siaran Astro pada resolusi 4K UHD telah diperlihatkan kepada umum pada bulan Ogos 2018 di beberapa premis perniagaan. Astro menyasarkan penawaran kepada umum pada tahun yang sama. Lebih setahun telah berlalu dan menurut laporan LowYat.net hari ini ia akan akhirnya dilancarkan secara rasmi bermula 13 November ini.

Astro 4K UHDPelancaran rasmi ni telah lama dinantikan sejak ia hanya ditawarkan kepada pengguna terpilih dalam ujian Beta pada pertengahan Ogos tahun ini. Pada waktu ini tidak diketahui berapa banyak saluran dengan resolusi 4K UHD akan ditawarkan. Dalam ujian Beta yang masih berlangsung, hanya satu saluran 4K UHD sahaja boleh diakses.

Semasa Astro B.Yond dengan resolusi HD penuh dilancarkan pada tahun 2009, hanya sekitar empat saluran (Astro Supersport HD, HBO HD, National Geographic Channel HD dan History HD) resolusi tinggi boleh diakses.

Perbezaan paling ketara selain resolusi 4K UHD ialah kesemua kandungan yang direkod akan disimpan secara awanan. Kotak TV Astro Ultra adalah 60% lebih kecil dan tidak dilengkapi cakera keras untuk storan fizikal. Persoalan mengenai bayaran bulanan dan jumlah saluran 4K UHD akan terjawab pada 13 November ini.


TIPS & ULASAN