Huawei Mate 30 Dan Mate 30 Pro Boleh Dibeli Semua Bermula 15 November

Huawei Mate 30 Dan Mate 30 Pro Boleh Dibeli Semua Bermula 15 November

Diterbitkan pada November 7, 2019 oleh .

Huawei Malaysia sebelum ini telah membawa Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro dalam kuantiti terhad terlebih dahulu – sekaligus membuatkan pengguna perlu mempunyai beberapa perkara sebelum mendapatkannya. Hal berkenaan bakal berubah bermula 15 November ini, apabila peranti berkenaan mula ditawarkan secara terbuka kepada semua.

Ini bermakna, sesiapa sahaja boleh membelinya, dan tiada lagi keperluan kod khusus seperti sebelum ini.

Huawei Mate 30 hadir dengan skrin rata 6.61-inci OLED, menggunakan pengimbas cap jari pada skrin, dijana cip Kirin 990, memori 8GB RAM dan storan 128GB. Ia menggunakan kamera 40MP + 16MP (ultra-lebar) + 8MP (telefoto), selain kamera swafoto 24-megapixel. Ia turut dilengkapi bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 40W.

Huawei Mate 30 Pro pula hadir dengan skrin 6.53-inci Flex OLED, dijana Kirin 990, memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Ia mengabungkan kamera 40MP + 40MP (ultra-lebar) + 8MP (telefoto) + 3D, selain kamera swafoto 32-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 40W.

Kedua-dua ini hadir dengan Huawei Mobile Services dan tiada Google Play Services kerana halangan perdagangan pihak Amerika Syarikat.

Di Malaysia, Huawei Mate 30 ditawarkan pada harga RM2799, dan Mate 30 Pro pula ditawarkan pada harga RM3899. Kedua-duanya boleh dibeli semua bermula 15 November ini.

Huawei Produk Baru 15 November


TIPS & ULASAN