Cari @ Amanz

Casio G-Shock X Transformers Master Nemesis Prime Dilancarkan Khusus Untuk Peminat Tegar

Link Copied!

Tahun lalu Casio melancarkan seutas jam tangan G-Shock edisi Optimus Prime yang boleh berubah menjadi robot. Selepas setahun mereka kini melancarkan sebuah lagi edisi khas yang diberi nama G-Shock X Transformers Master Nemesis Prime Resonant Mode.

 Ia terdiri daripada seutas jam tangan DW-5600 dengan warna hitam, merah dan hijau lengkap dengan hiasan bertemakan Transformer. Turut disertakan ialah sebuah robot Master Nemesis Prime yang berubah menjadi tapak pemegang jam, sepasang pistol dan Dark Spark.

Model khas ini turut dihasilkan sempena ulang tahun ke-35 Transformers dengan kerjasama Takaratomy. Pada waktu ini hanya akan ditawarkan untuk pasaran Jepun pada harga 30,000 Yen (~RM1136) bermula Disember hadapan.


Komen ()