GrabPay Kini Boleh Digunakan Di Lebih 3000 Kedai Dalam Dan Luar Talian

GrabPay Kini Boleh Digunakan Di Lebih 3000 Kedai Dalam Dan Luar Talian

Diterbitkan pada November 8, 2019 oleh .

Dompet digital GrabPay mengumumkan perkhidmatan mereka kini boleh digunakan hampir 3600 kedai dalam dan luar talian seluruh negara. Ini terdiri dari rangkaian pasaraya (Giant, Tesco and Mydin), farmasi (Watsons and Guardian), panggung wayang (MBO Cinemas), makanan segera (Dominos), kedai serbaneka (99 Speedmart) dan kedai dalam talian (Zalora).

GrabPayPengumuman ini hadir sebelum jualan mega yang akan berlangsung pada 11 November ni. GrabPay berkata dengan sokongan di pelbagai kedai, impian merealisasikan masyarakaty nirtunai semakin hampir selari dengan inisiatif kerajaan yang diumumkan ketika Belanjawan 2020 bulan lalu. Sempena jualan 11.11 ini, GrabPay menawarkan pakej menarik di bawah kepada pengguna.

  • Viu: RM 1 untuk pas seminggu Premium Access
  • MBO: RM 1 untuk baucar RM5 MBO
  • Photobook: RM 1 untuk album 6”x 6” 20 mukasurat Hardcover Simplebook
  • The Alley: Beli 1, dapatkan barangan kedua dengan potongan for 50%
  • Ninjaz: RM 0.11 untuk kaca tertempa
  • myBurgerLab: RM 1 untuk makanan tambahan (sides)

TIPS & ULASAN