Cari @ Amanz

Kawasan Pencemaran Radioaktif Fukushima Akan Diubah Menjadi Ladang Kuasa Solar Dan Angin

Link Copied!

Lapan tahun yang lalu tragedi gempa bumi Tohoku menyebabkan kebocoran berlaku di stesen janakuasa nuklear Fukushima. Akibatnya sehingga kini kawasan seluar 371km2 di Fukushima masih tercemar dengan bahan radioaktif. Dari membiarkan kawasan ini terbiar, kerajaan Jepun merancang mengubahnya menjadi ladang kuasa solar dan angin.

Sebanyak 11 ladang kuasa solar dan 10 ladang kuasa angin akan dibina menjelang 2024 dengan kos sekitar 300 bilion Yen (~RM11.4 bilion). Kesemua ladang kuasa mesra alam ini dipercayai akan menjana 600 MW kuasa untuk kawasan metropolitan Tokyo. Ia masih sekadar dua pertiga kuasa yang dijana stesen janakuasa Fukushima sebelum dilanda tsunami.

Apa yang dilakukan oleh Jepun ini bukanlah perkara baharu. Sebahagian kawasan Chernobyl yang tercemar juga telah diubah menjadi ladang kuasa solar. Kuasa solar lebih mesra alam tetapi memerlukan luasa kawasan yang besar. Atas sebab yang sama Jepun mula mencari pelbagai cara lain untuk menjana kuasa elekrtik mesra alam. Antara yang telah diuji ialah menggunakan taufan sebagai sumber kuasa.


Komen ()