Carian
Virus Yang Membunuh Kesemua Jenis Kanser Dihasilkan Di Australia
November 12, 2019 Effi Saharudin

Dianggarkan 17 juta pesakit baru kanser akan didiagnos setiap tahun. Angka ini akan terus meningkat kerana pengaruh alam sekitar dan diet manusia moden. Oleh itu ahli sains sedang mencari cara baru merawat penyakit kanser. Terkini di Australia, firma Imugene telah berjaya menguji virus yang dipercayai boleh membunuh kesemua jenis kanser berdasarkan teknik yang dipelopori oleh Professor Yuman Fong.

Teknik rawatan CF33 menggunakan virus yang diubahsuai dari cacar lembu, Dalam ujian di makmal, CF33 berjaya mengecilkan saiz tumor kanser pada tikus. Virus ini disuntik terus pada tumor yang kemudian menjangkiti sel tumor. Sel ini kemudiannya akan meletup dan menyebarkan lari virus ke sel yang lain. Dengan kejayaan di makmal, ujian ke atas manusia akan dirancang awal tahun hadapan melibat pesakit kanser payudara, melanoma, paru-paru, pundi kencing, gastrik dan kolon

Penggunaan virus untuk menentang kanser bukanlah perkara baharu tetapi inovasi CF33 ialah ia boleh menyerang pelbagai jenis kanser. Kejayaan ujian ke atas haiwan makmal tidak bermakna rawatan ini turut akan memberikan kesan yang sama ke atas manusia. Terdapat risiko ia boleh menimbulkan komplikasi lain kerana pengenalan virus ia boleh menyebabkan kematian kerana tubuh pesakit yang telahpun lemah. Sel kanser juga cepat mengalami mutasi sehingga mengakibatkan rawatan radioterapi dan kemoterapi menjadi tidak efektif.

Mungkin dalam masa satu generasi, kanser dapat diperangi dengan jayanya seperti kejayaan membasmi wabak polio yang kini tinggal hanya satu strain wujud di muka bumi.

Komen