Apple MacPro Akan Dijual Bermula Disember Ini

Apple MacPro Akan Dijual Bermula Disember Ini

Diterbitkan pada November 13, 2019 oleh .

Apple Mac Pro diperlihatkan pada bulan Jun yang lalu dan ia amat dinantikan kerana komputer desktop profesional rekaan Cupertino sudah enam tahun tidak dikemaskini. Rekaannya yang modular memudahkan proses menaiktaraf manakala skrin yang dijual berasingan mampu memaparkan kandungan HDR. Penantian untuk Mac Pro mungkin akan berakhir pada bulan Disember in menurut laporan Bloomberg.

Apple secara tradisinya akan melancarkan komputer desktop Pro mereka pada bulan tersebut. Sebelum ini iMac Pro dilancarkan pada Disember 2017 dan Mac Pro asal pada Disember 2013.

Menjana Mac Pro ini adalah cip Intel Xeon 28-teras yang membolehkan anda melakukan pelbagai tugasan dengan mudah dan pantas menggunakannya – termasuk menyunting video, gambar, mahupun dalam pelbagai pembangunan.

Mac Pro juga menyokong memori sehingga 1.5TB RAM, selain sokongan sehingga lapan slot PCI Express. Menjana komputer riba ini juga adalah pembekal kuasa 1400 Watt.

 

Apple mengatakan Mac Pro turut menyokong sehingga empat GPU Radeon Vega II bersama-sama dengannya.

Dengan penawaran kuasa pemprosesan yang tinggi ini, salah satu perkara menarik adalah di mana ia kekal beroperasi pada keadaan yang lebih senyap berbanding pelbagai penawaran seumpamanya yang lain.

Di Amerika Syarikat, Apple Mac Pro baru ini ditawarkan pada harga bermula $5999, yang mana hadir dengan cip Intel Xeon 8-teras, memori 32GB RAM, storan 256GB dan kad grafik Radeon Pro 580X.


TIPS & ULASAN