Kakitangan Huawei Yang Membantu Ketika Sekatan Perdagangan Diberikan Bonus RM 1.1 Bilion

Kakitangan Huawei Yang Membantu Ketika Sekatan Perdagangan Diberikan Bonus RM 1.1 Bilion

Diterbitkan pada November 13, 2019 oleh .

Ujian paling getir Huawei tahun ini ialah cuba untuk terus beroperasi selepas menerima sekatan perdagangan oleh Amerika Syarikat. Mereka dimasukkan ke dalam senarai entiti kerana didakwa melakukan intipan bagi pihak kerajaan China. Walaupun perniagaan mereka terjejas, Huawei masih mampu mengeluarkan 200 juta telefon pintar lebih awal berbanding tahun 2o18.

Menurut laporan Reuters, bagi menghargai kakitangan yang bertungkus lumus sepanjang tempoh sekatan dikenakan, Huawei akan memberikan bonus bernilai RMB 2 bilion (~RM1.18 bilion). Bonus ini diberikan kepada kakitangan yang berjaya mencari alternatif kepada komponen yang sebelum ini hanya ditawarkan oleh syarikat dari A.S. Usaha mereka membolehkan Huawei terus beroperasi tidak seperti ZTE yang terpaksa menutup perniagaan telekomunikasi mereka selepas dikenakan sekatan yang sama tahun lalu.

Selain itu hampir kesemua 190,000 kakitangan Huawei diberikan gaji dua kali ganda untuk bulan ini. Selepas dikenakan sekatan, Huawei menumpukan perhatian mereka untuk lebih berdikari. Pelbagai dana kepada pembangun ditawarkan bagi menghasilkan aplikasi di dalam Huawei App Gallery menggunakan HMS.


TIPS & ULASAN