Apple Mac Pro Dan Pro Display HDR Sah Akan Dilancarkan Disember Ini

Apple Mac Pro Dan Pro Display HDR Sah Akan Dilancarkan Disember Ini

Diterbitkan pada November 13, 2019 oleh .

Selepas enam bulan diumumkan, Apple Mac Pro dan Pro Display HDR kini disahkan akan dilancarkan pada bulan Disember ini. Mac Pro ialah komputer desktop profesional mereka yang amat lama dinantikan kerana Mac Pro yang berbentuk silinder sudah enam tahun tidak dikemaskini. Keunikan Mac Pro terletak pada rekaan kerangka yang modular. Pemilik mempunyai kebebasan menukar komponen dalaman mengikut keperluan peribadi tanpa sebarang komponen yang disadur ke papan induk.

Mac Pro dilengkapi cip pemproses Intel Xeon 28-teras, memori sehingga 1.5TB RAM, storan sehingga 4TB SSD dan sokongan sehingga lapan slot PCI Express. Sebanyak empat GPU Radeon Vega II boleh dimuatkan ke dalam kerangka Mac Pro. Menjana komputer riba ini juga adalah pembekal kuasa 1400 Watt.

Sementara itu Pro Display HDR ialah skrin sebesar 32″ bernisbah 16:9 dengan resolusi Retina 6K. Skrin ini mampu memaparkan kandungan HDR dengan keterangan puncak 1600 nits dan sokongan DCI-P3 sehingga 1.073 bilion warna.

Dengan penawaran kuasa pemprosesan yang tinggi ini, salah satu perkara menarik adalah di mana ia kekal beroperasi pada keadaan yang lebih senyap berbanding pelbagai penawaran seumpamanya yang lain.

Di Amerika Syarikat, Apple Mac Pro baru ini ditawarkan pada harga bermula $5999, yang mana hadir dengan cip Intel Xeon 8-teras, memori 32GB RAM, storan 256GB dan kad grafik Radeon Pro 580X. Harga jualannya di Malaysia masih belum diumumkan pada laman rasmi Apple Malaysia,


TIPS & ULASAN