Cari @ Amanz

Disney+ telahpun mempunyai 10 juta pelanggan berbayar hanya selepas sehari perkhidmatan penstriman video ini dilancarkan secara rasmi di Amerika Syarikat, Kanada dan Belanda. Angka yang amat tinggi ini memenuhi ramalan penganalisa yang mengatakan Disney+ tidak akan mempunyai masalah menarik 10-18 juta pelanggan sebelum berakhirnya 2019.

Sejurus selepas dilancarkan, Disney+ mempunyai lebih 700 filem dan siri-siri TV klasik di bawah payung Disney. Kandungan penuh nostalgia seperti siri animasi X-Men, The Simpson dan filem Alam Sinematik Marvel menjadi tarikan utama. Tetapi siri asli seperti The Mandalorian di dalam dunia Star Wars juga mendapat pujian kerana memberikan tumpuan kepada watak baharu.

Bagi pembaca Amanz yang mungkin ini melanggan Disney+ sebelum ia dilancarkan di Malaysia, kami sudah menerbitkan artikel tutorial di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd