Hotstar Adalah Platform Penstriman Video Untuk Anda Tonton Kandungan Disney+ Di Malaysia

Hotstar Adalah Platform Penstriman Video Untuk Anda Tonton Kandungan Disney+ Di Malaysia

Diterbitkan pada November 14, 2019 oleh .

Semalam telah kami ajarkan anda semua bagaimana untuk melanggan Disney+ dengan mata wang ringgit. Anda perlu menggunakan VPN dan kemudian membuat langganan melalui pembayaran Google Play. Perkara ini harus dilakukan, kerana Disney+ tidak dilancarkan di Malaysia secara rasmi. Antara spekulasinya adalah, di Malaysia Astro yang memegang hak lesen Disney.

Terkini melalui Techcrunch, mereka melaporkan yang Disney+ akan hadir ke pasaran Malaysia bermula tahun depan. Akan tetapi, bukan platform Disney+ yang akan dilancarkan – sebaliknya adalah “Hotstar“. Hotstar adalah platform penstriman video popular di India dan ia dimiliki oleh The Walt Disney Company India. Laporan mengatakan yang katalog Disney+ akan disertakan dalam Hotstar dan itu adalah cara pengguna di Malaysia akan dapat menikmati kandungan-kandungan Disney+ secara rasmi. Hotstar bukan sahaja akan dilancarkan di Malaysia, tetapi juga di India dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain.

Di India, langganan tahunan Hotstar adalah $14 iaitu sekitar RM58.24. Tetapi, disebabkan populariti Disney+ – mereka berhasrat untuk menaikkan lagi harga langganan ini. Nampaknya tahun hadapan, kita akan lihat satu lagi platform penstriman video hadir ke Malaysia – iaitu Hotstar.

 

Artikel ini ditulis terlebih dahulu di Aksiz


TIPS & ULASAN