Masalah Gangguan Rakaman Video Instagram Dan Snapchat Di Pixel 4 Akan Dibaiki Tidak Lama Lagi
November 14, 2019
Aplikasi
Google
Peranti
Perisian
Fahim Zahar
Bulan lepas, peranti Pixel 4 mengalami masalah gangguan audio apabila merakam video menggunakan Instagram ataupun Snapchat. Akan terdapat bunyi berklik tanpa henti apabila video dirakam menggunakan dua aplikasi ini.
![]()
Terkini, Google telah memberi maklum balas yang kemaskini membaiki isu ini akan diedarkan dalam masa beberapa hari lagi. Buat masa ini, pengguna Pixel 4 boleh mengelak masalah ini dengan merakam video menggunakan aplikasi kamera terlebih dahulu dan kemudian baru muat naik di Instagram atau Snapchat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.