Apple Mungkin Menawarkan Berkas Langganan Apple TV+, News+ Dan Music

Apple Mungkin Menawarkan Berkas Langganan Apple TV+, News+ Dan Music

Diterbitkan pada November 15, 2019 oleh .

Kita kini hidup di dalam dunia langganan bulanan. Adakah normal untuk melanggan perkhidmatan penstriman muzik berbanding membeli muzik fizikal kerana ianya jauh lebih murah. Harga langganan akan menjadi semakin murah apabila ditawarkan dalam bentuk berkas. Menurut laporan Bloomberg pagi ini, Apple mungkin akan menawarkan berkas langganan Apple TV+. Apple News+ dan Music pada awal tahun 2020.

Pada waktu ini Apple tidak menawarkan sebarang bentuk berkas kepada pengguna ketiga-tiga perkhidmatan ini. Laporan ini juga hadir selepas CNBC melaporkan Apple News+ bermasalah untuk menambah jumlah pelanggan baharu. Sekiranya ia ditawarkan kelak, ia adalah strategi yang bernas kerana pesaing mereka Disney telah mengumumkan berkas langganan Disney+, ESPN+ dan Hulu pada Ogos yang lalu.


TIPS & ULASAN