Cari @ Amanz

Tahun 2020 pastinya akan menjadi tahun peranti skrin boleh lipat dengan Samsung menyasarkan jualan 6 juta peranti dengan rekaan ini. Mereka perlu bersaing dengan Huawei dan Motorola yang kedua-dua juga telah melancarkan peranti pesaing kepada Fold tahun ini. Selain itu Samsung juga perlu bersaing dengan BOE yang membekalkan skrin boleh lipat kepada pelanggan yang berminat.

Skrin boleh lipat AMOLED keluaran BOE kini disahkan digunakan pada Motorola Razr dan konsep Think X1 boleh lipat pada Mei yang lalu. Selain itu Huawei Mate X juga menggunakan skrin BOE. Satu-satunya kelebihan Samsung ialah mereka kini mempunyai hak eksklusif penggunaan panel kaca ultra nipis (UTG) yang boleh dilipat. Kesemua skrin boleh lipat di pasaran sekarang masih menggunakan permukaan plastik yang didapati mudah calar dan rosak.

Sumber Sina menerusi Gizmochina

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd