Cari @ Amanz

Netflix mula menawarkan perkhidmatan kepada pengguna global termasuk Malaysia pada tahun 2016. Kandungan mereka seperti sedia maklum tidak ditapis seperti yang ditayangkan di televisyen dan bioksop tempatan. Menurut laporan Harian Metro hari ini, FINAS menerusi ketua pegawai eksekutifnya Ahmad Idham menggesa kerajaan menapis kandungan Netflix,

Netflix StoriesMenurut beliau terdapat kebimbangan dari kalangan ibu bapa bahawa kandungan tanpa tapisan ini boleh memberi kesan terhadap masa depan generasi akan datang. Apa yang disuarakan oleh beliau bukanlah perkara baharu. Hanya dua hari selepas Netflix beroperasi di Malaysia, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada waktu tersebut Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak mengumumkan kandungan yang ditawarkan oleh Netflix perlu ditapis selari dengan garis panduan yang ditetapkan oleh SKMM. Tetapi sehingga kini penapisan tidak dilakukan.

Netflix tidak percaya kepada penapisan kandungan dalam wawancara kami dengan Todd Yellin yang merupakan timbalan presiden bahagian produk syarikat tahun lalu. Sebaliknya mereka menggalakkan ibu bapa untuk menggunakan sistem kawalan kandungan mengikut profil pengguna yang sedia ada.

Sungguhpun begitu mereka telah menarik satu episod The Patriot Act dari ditayangkan di Arab Saudi selepas ia mengkritik pemerintahan kerajaan Muhammad Bin Salman. Selain di Malaysia, baru-baru ini Netflix juga digesa untuk menapis kandungan yang dikatakan tidak menjaga sensitiviti kaum di India.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd