Yahoo Japan Dan Line Sah Akan Bergabung Menjadi Satu Syarikat Pada Oktober 2020

Yahoo Japan Dan Line Sah Akan Bergabung Menjadi Satu Syarikat Pada Oktober 2020

Diterbitkan pada November 18, 2019 oleh .

Minggu lepas, telah kami laporkan yang Yahoo! Japan akan bergabung dengan Line untuk menjadi satu syarikat gergasi baharu. Walaupun di sini Yahoo! kelihatan agak hambar, tetapi di Jepun populariti Yahoo! masih tinggi dan ia beroperasi sebagai sebuah entiti yang berasingan. Z Holdings, iaitu nama baharu Yahoo! Japan yang telah ditukar bulan lepas kini disahkan akan bergabung dengan Line bermula Oktober 2020.

Yahoo!

SoftBank Group dan Naver dari Korea Selatan akan melabur dalam Z Holdings dan Line ini, yang mana masing-masing akan melabur 50%. Kemudian secara tidak langsung menjadikan gabungan Z Holdings dan Line ini satu anak syarikat syarikat usaha niaga baharu. Sasaran syarikat baharu ini adalah untuk menjadi syarikat teknologi kecerdasan buatan yang memfokuskan Jepun dan Asia.

Buat masa ini, gabungan keuntungan fiskal 2018 bagi Z Holdings dan Line adalah 1.16 Trilion Yen (~RM 44.2 Bilion). Gabungan kedua-dua syarikat ini juga akan mengukuhkan lagi modal perniagaan Internet dan bersaing bersama empat syarikat gergasi Amerika Syarikat (G.A.F.A – Google, Apple, Facebook, Amazon) dan Alibaba Group dari China.


TIPS & ULASAN