Ujian Penerbangan Kereta Terbang Malaysia Akan Dilakukan Pada Minggu Ini

Ujian Penerbangan Kereta Terbang Malaysia Akan Dilakukan Pada Minggu Ini

Diterbitkan pada November 19, 2019 oleh .

Kereta terbang merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia – apatah lagi dengan tahun 2020 yang menjelang tiba. Selari dengannya, sejak beberapa bulan lepas, kerajaan telah berkongsi mengatakan berkenaan kereta terbang yang dibangunkan di Malaysia.

Lanjutan daripadanya, kini ia dikongsikan yang mana kereta terbang pertama Malaysia berkenaan akan diuji secara rasminya pada hari Khamis ini.

Kereta terbang ini dikenali dengan nama “Vector”, dan mampu membawa muatan seberat sehingga 200kg. Ia juga dijangka mampu terbang pada ketinggian sehingga 50 meter pada kelajuan 60km/j selama sehingga 90 minit.

Menteri Pembangunan Usahawan sendiri dijangka akan menguji kenderaan terbang berkenaan pada hari Khamis ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkenaan kereta terbang Malaysia berkenaan dalam beberapa hari lagi.


TIPS & ULASAN