Tempoh dagangan sementara yang membenarkan Huawei melakukan urusniaga dengan syarikat dari A.S secara rasmi dilanjutkan selama 90 hari lagi menurut laporan Reuters. Ini adalah tempoh lanjutan ketiga yang diberikan Jabatan Perdagangan A.S selepas kali pertama diberikan pada bulan Mei dan kedua pula pada Ogos tahun ini.
Tempoh lanjutan bermula dari 18 November 2019 dan akan berakhir pada 16 Februari 2020. Antara sebab mengapa lanjutan ini diberikan adalah kerana kelengkapan telekomunikasi 3G dan 4G yang digunakan oleh syarikat telekomunikasi A.S. Jika ia tidak diberikan, terdapat kemungkinan berlaku gangguan perkhidmatan selular yang menyusahkan pengguna.