Spesifikasi Kamera Samsung Galaxy S10 Lite Tertiris – Lebih Hebat Berbanding S10 Dan Note 10

Spesifikasi Kamera Samsung Galaxy S10 Lite Tertiris – Lebih Hebat Berbanding S10 Dan Note 10

Diterbitkan pada November 20, 2019 oleh .

Samsung Galaxy S10 Lite ialah peranti yang sedang dibangunkan oleh Samsung. Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, walaupun menggunakan nama Lite peranti ini dipercayai mempunyai kemampuan kamera yang lebih hebat berbanding S10e. Maklumat terkini mengenai kamera S10 Lite telah tertiris dan nampaknya ia mungkin melangkaui kemampuan kamera S10 dan Note 10.

Peniris maklumat terkemuka Ishan Argawal berkata S10 Lite akan dilengkapi kamera utama 48+12+5 Megapixel dan kamera swafoto 32-Megapixel. Konfigurasi kamera utama ialah lensa sudut lebar, ultra lebar dan pengesan kedalaman. Tiada kemampuan zum diberikan pada S10 Lite pada waktu ini nampaknya.

Beliau turut menambah S10 Lite akan menggunakan cip Snapdragon 855. Ishan mempunyai rekod yang baik meniriskan maklumat yang sahih mengenai peranti Samsung. Buat masa ini sensor-sensor yang digunakan masih tidak diketahui. Sensor yang besar tidak semestinya lebih baik berbanding sensor 12-Megapixel yang digunakan pada S10 dan Note 10 tetapi amat berguna untuk melakukan pixel-binning untuk mengurangkan hingar pada gambar.


TIPS & ULASAN