Kamera Nikon Z50 dilancarkan untuk pasaran Amerika Utara pada pertengahan bulan lalu. Bagi peminat kamera nircermin buatan Nikon, kamera pertama yang menggunakan format DX (yang bersamaan dengan format ASP-C) telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada pagi ini. Kamera ini menyokong lensa cagak Z-Mount dan mensasarkan pengguna yang menghasilkan kandungan video di atas talian.
Kamera dilengkapi sensor 20.9-Megapixel APS-C CMOS dengan enjin pemprosesan imej Expeed 6. Ia mampu mengambil sehingga 11 bingkai gambar sesaat dengan tetapan ISO 100-51,200. Video boleh dirakam pada tetapan maksimum 4K 30FPS dan gerak perlahan pula adalah 1080P 120FPS.
Z 50 mempunyai sistem penstabilan imej dalam tubuh (IBIS), Sistem pemfokusan hibrid dengan 209 titik disertakan bersama dengan Eye-AF. Terdapat sebuah skrin LCD sebesar 3.2″ pada bahagian belakang yang boleh diputarkan 180 darjah ke bawah untuk rakaman swavideo. Sebuah viewfinder OLED juga disertakan.Pemindahan data boleh dilakukan secara nirwayar menerusi bluetooth dan WiFi 802.11ac.
Nikon Z 50 ditawarkan di Malaysia pada harga RM4598 dengan lensa DX 16-50mm f/3.5-6.3 VR dan pada harga RM5398 dengan lensa tambahan DX 50-250mm f/4.5-6.3 V