Google Your News Update Memainkan Berita Yang Paling Sesuai Untuk Pengguna Menerusi Assistant

Google Your News Update Memainkan Berita Yang Paling Sesuai Untuk Pengguna Menerusi Assistant

Diterbitkan pada November 20, 2019 oleh .

Realiti dunia semasa yang perlu kami hadapi sebagai wartawan ialah masyakat kini tidak lagi mahu membawa. Jika artikel ditulis, 80% pengguna hanya sekadar membaca tajuk sebelum memberikan komen yang menyimpang 180 darjah dari kandungan sebenar. Oleh itu cara baharu perlu dilakukan bagi menyampaikan berita. Google hari ini melancarkan Your News Update yang membaca berita dalam bentuk audio dengan lebih pintar menerusi Assistant.

Sebelum ini Assistant menyokong pembacaan berita terhangat tetapi pengguna perlu memilih dari sumber yang dipilih secara manual. Dengan Your News Update, Google akan mencari berita yang mungkin menarik minat anda berdasarkan carian yang pernah dilakukan, lokasi, minat pengguna, bagaimana berita berkembang dan topik kegemaran.

Your News Update boleh memainkan berita tentang gangguan lalulintas di kawasan pengguna tinggal kerana ia adalah maklumat yang perlu sebelum ke tempat kerja pada waktu pagi. Ia juga akan memberikan perkembangan berita berdasarkan berita yang telah didengari sebelumnya.

Pada waktu ini Your News Update hanya ditawarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat dalam bahasa Inggeris dengan sasaran pengenalan kepada pengguna global tahun hadapan.


TIPS & ULASAN