Xiaomi Mi Note 10 Dan Mi Note 10 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Disember

Xiaomi Mi Note 10 Dan Mi Note 10 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Disember

Diterbitkan pada November 21, 2019 oleh .

Antara peranti dengan skor DXOMark tertinggi tahun ini ialah Xiaomi Mi Note 10 da Note 10 Pro yang dilengkapi kamera utama sebesar 108-Megapixel. Ia hanya sedikit di belakang Huawei Mate 30 Pro walaupun ia sekadar sebuah peranti kelas pertengahan. Bagi mereka yang ingin memiliki peranti ini di Malaysia, anda tidak perlu menunggu lama kerana ia akan dilancarkan pada 3 Disember ini.

Xiaomi Mi CC9 Pro

Xiaomi Mi Note 10 Pro dilengkapi skrin 6.47-inci FHD+ AMOLED, dijana cip Snapdragon 730G, memori 8GB RAM dan storan sebesar 256GB. Perbezaan model Pro dan biasa ialah Mi Note 10 dilengkapi memori sebesar 6GB RAM dan storan 128GB sahaja,

Untuk bahagian kamera, ia menggunakan kamera 108MP sebagai kamera utama pada bahagian belakang, sensor 20MP ultra-lebar, sensor 12MP untuk mod potret, 5MP telefoto dengan sokongan zum digital sehingga 50x, 2MP makro, dan 20MP ultra-lebar. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 32MP. Bateri yang digunakan berkapasiti 5260 mAh dengan pengecasan pantas 30W.


TIPS & ULASAN