Olympus Mungkin Akan Menjual Perniagaan Kamera Mereka

Olympus Mungkin Akan Menjual Perniagaan Kamera Mereka

Diterbitkan pada November 21, 2019 oleh .

Olympus ialah nama yang cukup dikenali dalam dunia fotografi. Tetapi mungkin ramai tidak mengetahui perniagaan kamera hanya menyumbang 6% kepada keuntungan syarikat Olympus. Mereka sebenarnya memegang 70% pasaran endoskop dunia yang menjadi berbilion Dollar setahun. Kerana cabaran yang getir industri kamera semasa, Olympus mungkin akan menjual perniagaan kamera mereka.

Hasrat menjual ini dinyatakan oleh ketua pegawai eksekutif Olympus Yasuo Takeuchi kepada wartawan pada Selasa lalu. Pada waktu ini perniagaan kamera mempunyai margin keuntungan dan pertumbuhan perniagaan paling renda di dalam portfolio Olympus.

Ura-ura penjualan perniagaan kamera Olympus mula didengari awal bulan ini tetapi pada waktu tersebut dinafikan oleh pihak mereka. Dengan populariti telefon pintar yang kualiti gambarnya lebih dari memadai untuk media sosial, jualan kamera digital merosot mendadak. Menurut Menurut laporan terkini Japan Camera & Imaging Products Association (CIPA), jualan kamera digital global pada bulan Februari 2019 menjunam -30% berbanding jualan pada bulan Februari 2018.


TIPS & ULASAN