Vivo S1 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Disember

Vivo S1 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Disember

Diterbitkan pada November 21, 2019 oleh .

Semalam Vivo S1 Pro telah dilancarkan di Filipina. Walaupun kelihatan seperti sebuah Vivo S5, beberapa spesifikasi telah diubahsuai untuk pasaran global. Selepas Filipina. S1 Pro juga akan memasuki pasaran Malaysia pada 3 Disember ini.,

Telefon pintar S1 Pro mempunyai rekaan rekaan bonjol kamera berbentuk empat segi yang unik untuk sistem catur-kamera yang digunakan. Ia dilengkapi skrin 6.44″ AMOLED FHD+, dijana cip Snapdragon 665, memori sebesar 8GB RAM dan storan sehingga 128GB. Ini adalah pemproses yang kurang berkuasa berbanding Snapdragon 712 pada S5.

Kamera hadapan sebesar 32-Megapixel yang diletakkan dalam lubang skrin. Kamera belakang pula ialah 48-Megapixel pada lensa utama, 8-Megapixel lensa ultra lebar, 5-Megapixel mengesan kedalaman dan 2-Megapixel lensa makro. Bateri yang disertakan pula berkapasiti 4500 mAh hadir dengan pengecasan pantas 18W.

Pengimbas cap jari optikal diletakkan pada bahagian bawah skrin. Menurut Vivo kamera utama peranti mempunyai kecerdasan buatan yang boleh memberikan 144 saranan kepada pengguna untuk mengambil gambar yang lebih baik.


TIPS & ULASAN