Carian
Realme Mengesahkan Realme X2 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi
November 25, 2019 Aman

Beberapa minggu lepas, kita telah melihat Realme X2 Pro melepasi pengesahan Sirim. Lanjutan daripadanya, kini pihak Realme secara rasminya mengesahkan yang mana Realme X2 Pro bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Realme X2 Pro

Realme X2 Pro merupakan telefon pintar dengan spesifikasi tinggi daripada Realme – tetapi dilihat menawarkan harga yang kompetitif berbanding peranti lain dengan penawaran yang lebih kurang sama.

Realme X2 Pro hadir dengan skrin 6.5-inci Super AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz, dijana Snapdragon 855+, memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Ia turut menggunakan empat kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel, bateri 4000mAh dan sokongan pengecasan pantas 50W SuperVOOC.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi variasi peranti yang akan dibawa masuk oleh Realme ke Malaysia. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut mengenai penawaran Realme X2 Pro ini di Malaysia tidak lama lagi.

Komen