Realme X50 5G Ialah Peranti 5G Dengan Lubang Skrin Berbentuk Bujur

Realme X50 5G Ialah Peranti 5G Dengan Lubang Skrin Berbentuk Bujur

Diterbitkan pada November 25, 2019 oleh .

Realme sebelum ini mengatakan mereka akan turut memasarkan peranti dengan sokongan rangkaian 5G tahun ini. Misteri mengenai peranti ini mula terungkai selepas Realme mengesahkan nama yang bakal digunakan iaitu X50 5G. Dari imej pengolokan yang telah dikongsi menerusi lama Weibo, X50 5G juga akan dilengkapi dwi-kamera swafoto pada bahagian hadapan.

Kedua-dua kamera ini diletakkan di dalam lubang kamera berbentuk bujur seperti pada Galaxy S10+ dan Huawei Nova 6. China sudah pasti menjadi negara pertama X50 5G akan dilancarkan memandangkan ia antara sebilangan kecil negara yang telahpun menyokong rangkaian selular generasi terkini. Malaysia hanya akan mempunyai rangkaian 5G sebenar pada tahun 2021.



TIPS & ULASAN