Cari @ Amanz

Pada hujung minggu lalu, Tesla telah memperlihatkan kenderaan elektrik terbaru mereka yang dinamakan Tesla Cybertruck. Kenderaan ini dikatakan kenderaan trak elektrik yang pertama, dan bukan sahaja mempunyai rekaan yang unik, tetapi juga ciri-ciri yang menarik.

Acara demo Cybertruck menunjukkan bahawa kenderaan tersebut masih belum cukup bersedia untuk tugas-tugas yang diminta darinya, tetapi itu tidak menghalang orang ramai daripada menempah untuk membeli kenderaan tersebut secara beramai-ramai.

Semalam, Elon Musk telah mengumumkan melalui Twitter bahawa seramai 146 ribu unit Cybertruck telah ditempah. Setiap tempahan sebuah kenderaan tersebut hanya memerlukan wang pendahuluan sebanyak $100, dan setakat ini, sekitar 200 ribu unit telah dipra-tempah.

Tesla Model 3 masih lagi kenderaan Tesla yang paling laku sewaktu pra-tempah, jumlah yang besar ini boleh dilihat sebagai satu kemenangan bagi Tesla walaupun ia mempunyai rekaan yang hanya digemari segelintir pengguna, dan adegan-adegan sewaktu pengumuman Cybertruck tidak mengurangkan langsung minat mereka untuk memiliki trak elektrik tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd