Cari @ Amanz

Huawei akhirnya melancarkan paparan pintar mereka V65 dan V75 beberapa bulan selepas Honor. Perbezaan pada masa ini terletak pada rekaan dan saiz skrin yang lebih besar tetapi mengekalkan penggunaan sistem operasi Harmony OS. Skrin V65 dan V75 menyokong resolusi sehingga 4K, kadar segar semula sehingga 120Hz dan paparan HDR. Teknologi skrin yang digunakan pula ialah Quantum Dot LED.

Kedua-duanya dijana cip HongHu 818 yang menggunakan dua teras Cortex A73, dua teras A53 dan GPU Mali G51. Ini dipadankan dengan memori sebesar 4GB RAM dan storan sebesar 64GB. Bercakap mengenai HDR, skrin ini menyokong format HDR10 dan HLG. Kandungan warna NTSC boleh dipaparkan 100%,

Seperti skrin pintar Honor sebelum ini, V65 dan BV75 dilengkapi sebuah kamera pop naik FHD pada bahagian hadapan untuk melakukan panggilan video. Ia juga berfungsi untuk membaca arahan gesture tangan yang disokong. Sistem audio Huawei Sound terdiri dari enam pembesar suara, dua tweeter, 1 woofer dan satu radiator audio pasif. Pembesar suara diletakkan pada bahagian dagu dalam konfigurasi soundbar. Dengan ini audio dilontar terus ke pengguna bukan ke bawah seperti kebanyakan televisyen di pasaran.

Paparan pintar ini boleh digunakan sebagai hab kawalan peranti berhubung menerusi platform HiLink. Jika anda memiliki peranti Huawei, kandungan peranti boleh dipancarkan ke paparan pintar dengan menyentuhnya pada alat kawalan jauh. Sistem Huawei Share digunakan bagi memastikan kandungan dipancar dengan pantas, Satu fungsi unik ialah pancaran dari dua peranti Huawei boleh dilakukan serentak..

Di China paparan pintar V65 dijual pada harga RMB 6999 (~RM4161) manakala V75 pada harga RMB 12,999 (~RM7729) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd