Rekaan Huawei Nova 6 SE Tertiris Dengan Bonjol Kamera Empat Segi

Rekaan Huawei Nova 6 SE Tertiris Dengan Bonjol Kamera Empat Segi

Diterbitkan pada Nov 26, 2019 oleh .

Huawei memulakan trend bonjol kamera berbentuk empat segi sama menerusi Mate 20. Rekaan ini kemudiannya menjadi ikut pengeluar lain seperti Apple. Hari ini rekaan Nova 6 SE telah tertiris ke arena web dan ia meminjam rekaan iPhone 11 yang dipinjam dari Mate 20.

Pada bahagian belakang terdapat bonjol kamera berbentuk empat segi sama yang menempatkan empat lensa kamera. Di bahagian hadapan pula terdapat lubang kamera swafoto dalam skrin. Dari segi spesifikasi pula peranti dipercayai akan menggunakan skrin LCD, pemproses Kirin 810 dan menyokong pengecasan pantas 40W SuperCharge. Nova 6 SE mungkin akan dilancarkan serentak dengan Nova 6 yang merupakan sebuah peranti mercu dengan cip Kirin 990.



Paling Popular