Apple AirPods Pro Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM1099

Apple AirPods Pro Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM1099

Diterbitkan pada Nov 27, 2019 oleh .

Hampir sebulan yang lalu Apple AirPods Pro telah dilancarkan di beberapa pasaran utama. Bagi pengguna di Malaysia, ia akhirnya boleh dibeli secara terus dari laman rasmi Apple Malaysia hari ini. Sepasang AirPods dijual pada harga RM1099.

Pada waktu ini AirPods yang dipesan hari ini akan dihantar secara percuma ke pengguna dalam masa sehari sahaja. AirPods Pro ialah fon telinga nirwayar pertama Apple yang hadir dengan pembatalan hingar secara aktif. Ia dari jenis dalam-telinga yang memastikan audio dari luar tidak mengganggu pemakai ketika mendengar muzik kegemaran. Seperti AirPods generasi kedua, AirPods Pro boleh dicas semula secara nirwayar.



Paling Popular