Mod Ambient Google Assistant adalah pengganti kunci skrin apabila peranti sedang dicas. Kunci skrin akan diubah menjadi mod Google Assistant seperti mana Pixel 3/Pixel 4 diletakkan pada Pixel Stand atau seperti mana paparan pintar Google Assistant berfungsi. Pengguna boleh membuat akses pantas terhadap notifikasi, trafik, mengawal peranti berhubung dan menjadikan skrin peranti sebagai album digital.
Fungsi ini mula diperkenalkan selepas Lenovo melancarkan Yoga Smart Tab dan Smart Tab M8, iaitu tablet Android yang turut berfungsi sebagai paparan pintar. Baru-baru ini, Google telah mula mengedarkan fungsi ini kepada empat jenama peranti Android, iaitu Sony, Xiaomi, Nokia dan Transsion. Fungsi ini hanya boleh digunakan oleh peranti yang menjalankan Android Oreo ke atas sahaja dan tidak semua peranti dari empat jenama ini akan menerima fungsi ini. Agak pelik peranti seperti OnePlus tidak menyokongnya atau peranti-peran ti Android lain. Mungkin tidak ramai yang menggunakan Assistant secara meluas lagi.
Sudahkah anda menerima fungsi ini pada peranti anda? Jika sudah, apa pendapat anda. Sebagai pengguna Pixel 4, saya tidak sabar untuk lihat peranti ini hadir ke peranti lain saya.