Carian
Oppo Berkongsi Latar Masa Kemaskini ColorOS 7 Versi Global – Bermula 26 November
November 28, 2019 Fahim Zahar

Beberapa hari yang lepas, Realme telah berkongsi latar masa pengenalan Android 10. Seperti biasa Realme akan menggunakan sistem operasi daripada Oppo, iaitu ColorOS 7. Cuma, kali ini Realme akan mengubah rekaan antaramukanya dan akan lebih mirip kepada Android asli.

Kini, Oppo pula telah berkongsi latar masa pengenalan ColorOS 7 untuk pasaran global. Dalam kemaskini ini, Oppo mengikut jejak langkah Google dan Xiaomi – iaitu menggunakan font yang selari keseluruhan sistem “Oppo Sans”. Kemudian, mod gelap keseluruhan sistem juga akan diberikan, terdapat fungsi untuk pengguna kurangkan penggunaan peranti, 25% lebih pantas dari segi prestasi dan 40% lebih efisien untuk pengurusan memori.

Berikut adalah jadual bila kemaskini akan diedarkan.

26 November 2019

Reno, Reno 10x Zoom

Disember 2019

Reno2, F11, F11 Pro, F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition

Suku Pertama 2019

Find X, Find X Automobil Lamborghini Edition, Find X SuperVOOC Edition, Reno2 F, Reno Z, R17, R17 Pro, RX17 Pro, Reno2 Z, A9

Suku Kedua 2019

F7, F7 128GB, F9, F9 Pro, R15, R15 Pro, A5 2020, A9 2020, K3

Komen