Samsung Galaxy S10 Mula Menerima Kemaskini Android 10

Samsung Galaxy S10 Mula Menerima Kemaskini Android 10

Diterbitkan pada November 29, 2019 oleh .

Selepas lebih sebulan menjalani proses ujian Beta, Samsung Galaxy S10, 10+ dan S103e mula menerima kemas kini ke Android 10 di Jerman hari ini, Kemaskini yang hampir sebesar 2GB ini akan turut membawakan antaramuka baharu One UI 2.0 dan tampalan sekuriti untuk Disember 2019.

Jika latar masa yang sama digunakan seperti tahun lalu, Android 10 akan mula diterima pengguna Malaysia pada awal Januari 2020 kelak. One UI 2.0 membawakan beberapa kemas kini seperti antaramuka yang semakin mesra penggunaan sebelah tangan, paparan notifikasi yang diperhalusi supaya tidak mengganggu ketika menonton video misalnya, ikon aplikasi yang kini beranimasi dan warna ikon yang lebih ceria.


TIPS & ULASAN