Fave Akan Menyokong Piawaian DuitNow QR – Kod QR Selari Untuk Menerima Pembayaran Nirtunai

Fave Akan Menyokong Piawaian DuitNow QR – Kod QR Selari Untuk Menerima Pembayaran Nirtunai

Diterbitkan pada Dis 2, 2019 oleh .

PayNet sebelum ini telah pun hadir dengan piawiaan DuitNow QR yang menyelarikan penggunaan kod QR dikalangan penyedia dompet digital – sekaligus memudahkan lagi transaksi nirtunai berlaku. Beberapa bank telah mula menggunakannya, dan kini penyedia dompet digital Fave turut mengumumkan akan mengguna-pakai piawaian berkenaan.

Fave mengatakan kelak mereka akan mengintegrasikan sokongan DuitNow QR pada dompet digital mereka pada awal tahun 2020 kelak. Ini sekaligus akan memudahkan peniaga hanya memaparkan satu kod QR sahaja, dan menerima pembayaran menggunakan dompet digital yang menyokongnya – termasuk Grab dan juga Fave.

Langkah ini juga sekaligus akan memudahkan lagi pengguna – dimana pengguna tidak perlu memasang pelbagai dompet digital berbeza hanya untuk sesuatu kedai sahaja, sebaliknya boleh menggunakan satu dompet digital sama untuk transaksi di pelbagai lokasi dengan mudah.


TIPS & ULASAN