Cari @ Amanz

Realme akan memperkenalkan sistem operasi tersendiri mereka pada tahun hadapan. Ia masih lagi akan berasaskan ColorOS 7, tetapi dari segi rekaan antaramuka dilaporkan akan lebih dekat dengan Android asli. Semestinya, asas sistem operasinya adalah Android 10.

Banyak peranti Realme akan menerima kemaskini ini. Akan tetapi, empat peranti sudah disahkan oleh Realme tidak akan menerima kemaskini ColosOS 7 atau Android 10. Peranti-peranti ini adalah Realme 1, Realme U1, Realme C1 dan Realme 2. Kesemua peranti ini semasa dilancarkan hadir dengan Android Oreo dan sudah pun menerima Android Pie. Sedikit kecewa yang ia tidak menerima kemaskini Android yang lebih baharu, tetapi peranti Realmekan murah – beli sahaja baru untuk menikmati kemaskini yang terbaru.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd