Samsung Galaxy S10+ Mula Menerima Android 10 Di Malaysia

Samsung Galaxy S10+ Mula Menerima Android 10 Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 5, 2019 oleh .

Pengguna Samsung Galaxy S10+ di Malaysia telah mula menerima kemas kini ke Android 10 pagi ini. Saiz fail kemas kini ialah 1979 MB dan turut membawakan antaramuka baharu One UI 2 dan juga tampalan sekuriti untuk bulan Disember 2019.

Kemas kini diterima pengguna di Malaysia hanya seminggu selepas ia mula diterima pengguna di Jerman dan lebih awal berbanding S9 yang hanya menerima Android 9 Pie pada Januari 2019. Pengguna Galaxy S10 dan S10e di Malaysia mungkin akan menerima Android 10 dalam masa terdekat dan secara berperingkat.

One UI 2.0 membawakan beberapa kemas kini seperti antaramuka yang semakin mesra penggunaan sebelah tangan, paparan notifikasi yang diperhalusi supaya tidak mengganggu ketika menonton video misalnya, ikon aplikasi yang kini beranimasi dan warna ikon yang lebih ceria.



Paling Popular