Cari @ Amanz

Redmi K30 5G akan dilancarkan tidak lama lagi. Ia adalah peranti 5G pertama Redmi atau peranti 5G ketiga dalam keluarga Xiaomi. Ia sudah disahkan akan menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 765 yang baru sahaja dilancarkan dan juga akan menyokong teknologi 5G SA & NSA.

Sudah tentu mana-mana peranti 5G pasti akan mahal. Bagaimana jika peminat-peminat peranti Xiaomi yang sudah biasa dengan harga yang murah ingin beli? Xiaomi menawarkan alternatif dengan Redmi K30 versi 4G. Harga jualan kelak akan lebih murah berbanding 4G. Ini adalah satu variasi yang mana sesuai untuk pasaran seperti di Malaysia, yang mana 5G masih lagi belum wujud. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan butiran lanjut tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd