Amazfit Melancarkan Smart Sports Watch 3 Edisi Star Wars

Amazfit Melancarkan Smart Sports Watch 3 Edisi Star Wars

Diterbitkan pada Dis 6, 2019 oleh .

Amazfit Smart Sports Watch 3 adalah jam tangan “pintar” dari Huami, iaitu syarikat yang berkait rapat dengan Xiaomi. Ia dilancarkan pada bulan Ogos lepas dan dijual pada harga sekitar RM800-RM900. Ia hadir dengan skrin 1.34″, memori 512MB RAM dan storan 4GB. Bateri adalah sebesar 300mAh dengan ketahanan sehingga 14 hari, juga ia mempunyai GPS terbina dan serta mempunyai pelbagai sensor untuk memantau kesihatan pengguna.

Terkini, pihak Amazfit akan mengadakan jualan khas untuk Amazfit Smart Sport Watch 3. Mereka akan menjual edisi Star Wars dan berharga hanya 1,699 Yuan, iaitu sekitar RM1006. Muka jam pada jam tangan ini juga menarik, yang mana memperlihatkan watak Luke Skywalker dan juga Darth Vader. Kemudian pada tali jam, ada perkataan “Train You Must” dan juga “Vader is my motivator”.

Menurut sumber, ini adalah cara Disney untuk menarik hati pengguna-pengguna di China terhadap Star Wars. Ini kerana di China, Star Wars tidak begitu menjadi perhatian ramai berbanding dengan Marvel. Jualan ini terhad di China sahaja dan Amazfit akan mula menjual pada 19 Disember kelak.


TIPS & ULASAN