Huawei telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru dibawah keluarga Nova 6 secara rasminya semalam. Bersama-sama pengenalan peranti utama mereka, Huawei turut memilih untuk memperkenalkan variasi dengan spesifikasi pertengahan, dinamakan Nova 6 SE.
Nova 6 SE hadir dengan skrin 6.4-inci berlubang, dijana cip Kirin 810, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia dilengkapi bateri 4200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W.
Melengkapkan peranti ini adalah empat kamera belakang – gabungan sensor 48MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) + 2MP (depth). Untuk rakaman swafoto, ia menggunakan kamera 16-megapixel yang terletak pada bahagian skrin berlubang.
Seperti biasa, ia menjalankan sistem operasi EMUi 10 berasaskan Android 10. Buat masa ini, peranti ini hanya dilancarkan di China sahaja.