Huawei Band 4 Pro Diperkenalkan Dengan Sokongan GPS

Huawei Band 4 Pro Diperkenalkan Dengan Sokongan GPS

Diterbitkan pada Dis 9, 2019 oleh .

Huawei sedia menawarkan Huawei Band 4 sebelum ini, dan melalui acara khas pengenalan Nova 6 baru-baru ini, pengeluar dari China berkenaan turut telah melancarkan naik-taraf untuk gelang tangan pintar mereka, iaitu Huawei Band 4 Pro.

Huawei Band 4 Pro

Secara kasarnya, ia membawakan penawaran lebih kurang sama dengan versi Band 4, tetapi Band 4 Pro hadir dengan sokongan GPS terbina bersama-sama dengannya untuk rakaman data yang lebih jitu tanpa bergantung kepada telefon pintar. Disamping itu, ia turut menyertakan sensor SpO2 untuk jangkaan tahap oksigen pada darah, selain sokongan NFC untuk memudahkan pembayaran.

Dari segi spesifikasi, Huawei Band 4 Pro hadir dengan skrin 0.95-inci AMOLED, dilengkapi sokongan sensor denyutan jantung, kalis air dan debu, selain membolehkan anda melihat notifikasi panggilan dan mesej melaluinya. Gelang tangan pintar ini turut hadir dengan 11 mod sukan berbeza, selain menyertakan bateri dengan ketahanan sehingga 5 hari penggunaan.

Buat masa ini, Huawei Band 4 Pro ini hanya diumumkan untuk pasaran di China sahaja.



TIPS & ULASAN