Carian
Kos Penghantaran GrabFood Kini Meningkat Sehingga RM9
December 10, 2019 Effi Saharudin

Menerusi GrabFood pelbagai makanan enak dan minuman menyegarkan dapat dipesan terus dari skrin peranti. Sejak mengambil alih perniagaan penghantaran makanan dari UberEats tahun lalu, GrabFood kini mendominasi pasaran. Namun begitu semalam Grab mengumumkan kos penghantaran perkhidmatan mereka boleh meningkat ke RM9 bagi setiap pesanan bermula hari ini.

GrabFood RM9Sebelum ini kos penghantaran yang dikenakan adalah hanya RM5. Kos ini akan meningkat mengikut jarak perjalanan yang perlu ditempuhi rakan penghantar GrabFood. Menurut Grab, harga baharu ini adalah bagi mengembangkan lokasi penghantaran makanan dan memberikan pampasan kepada rakan penghantar mereka yang perlu berjalan lebih jauh.

Komen